Friday, November 28, 2008

Renungan Semasa Kematian Kamal Attaturk


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!Inilah hikayat Mustafa Kamal Atartuk yang membelakangi Islam dan Allah!! Pemimpin di malaysia sepatutnya mengambil iktibar!

Gambar Mengerikan

Saya telah menrima gambar-gambar yang aneh lagi mengerikan berkenanaan gambar kilang manusia, tidak pasti kesahihan cerita-cerita ini kerana ia seakan logik, tapi terpulang kepada untuk menilai.










Saya telah menrima gambar-gambar yang aneh lagi mengerikan berkenanaan gambar kilang manusia, tidak pasti kesahihan cerita-cerita ini kerana ia seakan logik, tapi terpulang kepada untuk menilai.Add Image

Tuesday, November 18, 2008

upacara pengebumian masyarakat kadazan di daerah penampang

Budaya dan kepercayaan di sesuatu tempat adalah berbeza dengan tempat yang lain, begitu juga dengan daerah Penampang. Uniknya, kepercayaan dan misteri dalam upacara pengkebumian di daerah ini adalah sangat menarik untuk dikaji dan diketengahkan. Upacara pengkembumian lampau dan moden adalah sangat berbeza di daerah ini. Untuk kajian lebih mendalam, teruskan membaca bagaimana upacara lampau dan moden dilakukan. Upacara pengkebumian lampau Bagi masyarakat lampau, kematian seseorang merupakan suatu musibah. Kaedah menanam mayat pada zaman lampau berbeza dari zaman sekarang dimana mayat pada dahulu kalanya ditanam didalam tajau besar dan sebahagian besar tajau tersebut diukir dengan cantik. Cara ini adalah untuk membiarkan jasad dan roh si mati bersemadi dengan tenang di alam barzarkh. Biasanya kaedah penanaman mayat ini biasanya diamalkan oleh kaum kadazandusun di sekitar Daerah Penampang. Kini, terdapat sebahagian masyarakat yang masih mengamalkan kaedah ini dan Kubur Tajau ini masih ada terdapah di Kg Inobong Penampang. Upacara Pengkebumian Moden Keluarga si mati akan berkabung selama tujuh hari bermula dari saat pertama si mati menghembuskan nafasnya. Kaedah ini merupakan satu satunya kaedah yang di amalkan di Sabah iaitu di Daerah Penampang. Kronologi Hari Berkabung Berikut Merupakan Kronologi Hari Berkabung bagi keluarga si mati: Hari Pertama-hari ketiga: Mayat masih disimpan didalam keranda didalam rumah. Hari ketiga atau Hari keempat: Jasad disemadikan dalam tanah. Hari keenam: Upacara “Momisok” (Roh simati akan dipanggil untuk berjumpa dengan ahli keluarga) semasa upacara ini semua sumber cahaya akan ditutup begitu juga dengan bunyi. Para hadirin akan ditegah untuk berbuat bising. Hari ketujuh: Upacara “mogukas” (upacara untuk membakar barangan milik si mati agar dapat diguna pada alam kematiannya) Sepanjang tujuh hari tersebut permainan Katam-katam akan dimainkan iaitu satu permainan untuk memberi keuntungan (berunsurkan perjudian) kepada pengunjung atau saudara mara yang tiba ke rumah keluarga simati. Hari ke 40: Upacara sembahyang Hari ke 100: Upacara Sembahyang *Keluarga si mati akan memakai perca kain yang berwarna biru,kuning dan lain lain warna sebagai tanda kaitan kekeluargaan terhadap si mati. Namun semasa upacara “mogukas” kesemua perca kain berwarna itu akan dibakar bersama sama barangan simati.

Monday, November 17, 2008

Suara Seksaan dri kubur

Penemuan terakhir ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan pendengaran kami, dengan penemuan ini banyak dari peneliti kami yang berhenti dari pekerjaan ini karena ketakutan. Pada awalnya kami hanya hendak mendengarkan pergerakan bumi dengan interval tertentu dan mendengarkan Super Sensitive Microphone yang masuk ke dalam bilik-bilik atau lubang-lubang bumi dan reruntuhan galian. Pada awalnya kami menyangka apa yang kami dapat itu adalah gesekan dari alat-alat kami pada dinding-dinding perut bumi, tetapi suara ini menghancurkan seluruh logika kami.Setelah beberapa penyesuaian kami berkesimpulan bahwa suara ini berasal dari interior bumi, jadi seakan-akan di dalam perut bumi ini ada ruang lain yang berbeda dari tempat yang kami gali, dan dari ruangan tersebutlah kami tidak mempercayai apa yang kamidengar. Kami mendengar dari ruang bumi yang lain itu ada suara manusia berteriak keras dalam kesakitan. Walaupun satu suara didengar, kami dapat mendengar ribuan bahkan jutaan latar belakang suara manusia yangsedang dalam kesakitan akibat penyiksaan.Setelah penemuan yang sangat mencenangkan ini, setengah dari peneliti kami berhenti karena takut. Yang sangat mengejutkan lagi, bagi orang Soviet itu adalah setelah suara tersebut direkam, pada malam yang sama, keluarlah semacam gas atau kabut yang terang dari lokasi penggalian gas. Gas atau kabut tersebut keluar dengan membentuk pilar-pilar dan tulisan yang membentuk seperti sayap kelelawar (seperti lafadz ALLAH, wallahu 'alam), lalu menampakkan dengan sendirinya dengan bahasa Rusia yang artinya AKU TELAH MENAKLUKKAN atau AKU TELAH MENUNDUKKAN. Tulisan itu terlihat di awan di Siberia yang gelap.Kejadian itu sangat tidak masuk akal orang-orang Soviet karena sedang akan diteror. Beberapa saat setelah itu datanglah ambulance ke kumpulan orang-orang tersebut dan memberikan obat yang dapat menghilangkan memori dengan singkat. Sebagai perawatan kepada korban yang melihat keajaiban itu (ini mungkin agar kejadian ini tetap dirahasiakan). Nah, sebagai komunis, Saya tidak percaya adanya surga dan Injil, tetapi sebagai Ilmuwan sekarang Saya percaya adanyaNERAKA. Sangat sulit diungkapkan dengan kata-kata, apayang Kami temukan, apa yang Kami lihat dan apa yangKami dengar. Dan sekarang kami yakin bahwa kami menggali dekat, dekat sekali dengan PINTU NERAKA."Lalu Dr. Azzacove melanjutkan, "Mesin penggali tiba-tiba berputar dengan sangat cepat ketika Kami mencapai salah satu kulit bumi, tempereturnya menunjukkan hingga 2000 derajat Fahrenhait, lalu kami mendekatkan microphone itu disana untuk mendengarkan pergerakan bumi, tetapi, yang terdengar adalah suara manusia, bahkan teriakan manusia dalam kesakitan.Pertama kami mengira suara itu adalah suara mesin.Tetapi setelah melakukan kajian ulang atas suara itu, suara yang terdengar adalah suara manusia bukan hanya satu orang, mungkin jutaan manusia yang sedang dalam siksaan dan kesakitan. Apakah Anda tahu kenapa Jacques Costeau, seorang penjelajah dalam air berhenti beberapa saat sebelum dia mati? Dia berhenti karena dia juga pernah mendengar suara jeritan manusia di dalam air ketika ia sedang menjelajah di dalam air. Dan dalam kesempatan lain juga salah satu anak buahnya menemukan hal yang sama ketika ia sedang melakukan penjelajahan di sekitar SEGITIGA BERMUDA. Setelah ia sembuh dari shock yang sangat berat, kemudian ia menceritakan bahwa ia mendengar jeritan manusia yang banyak yang sedang disiksa di dalam perut bumi."Wallaahu 'alam...

"Banyak jin, hantu punca histeria

KUANTAN: Banyak hantu, semangat, jin dan makhluk halus lain 'menghuni' Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini, dakwa para bomoh dan pakar ubat spiritual yang telah berkunjung ke sekolah itu sejak beberapa minggu lalu.
Beberapa bomoh mendakwa mereka telah 'berhubung' dengan makhluk halus yang bertanggungjawab terhadap beberapa kes histeria di sekolah tersebut sejak Mei lalu, dan mahu mengadakan 'satu perjanjian' dengan makhluk-makhluk halus itu.
Namun, tokoh-tokoh agama setempat, termasuk Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, tidak condong ke arah penyelesaian itu.
Jumlah makhluk halus tersebut nampaknya banyak berdasarkan nama-nama yang disebut bomoh-bomoh itu dan mereka telah membuat pelbagai permintaan, termasuk mengadakan kenduri khas, sebelum mahu meninggalkan pekarangan sekolah itu.
Datuk Abdul Rahman, bagaimanapun, berkata sebarang usaha menyelesaikan masalah sekolah itu tidak seharusnya melibatkan bantuan makhluk halus atau jin lain.
Seorang bomoh berusia 70 tahun dari Kota Bharu, Kelantan, akur dengan pandangan itu sambil berkata bomoh biasanya menggunakan khidmat 'dampingan', iaitu makhluk halus belaan mereka, untuk berhubung dengan makhluk halus lain atau merawat pesakit, dan teknik ini boleh membawa masalah, khususnya jika ada bomoh lain terlibat.
'Saya fikir sekolah ini terlalu sesak dengan makhluk halus luar. Ada bomoh mungkin meninggalkannya (dampingannya) di sini untuk tunjuk kuasa mereka,' katanya.
Beliau menambah ia mungkin menjadi punca masalah histeria sekolah itu.
Setakat ini, 35 daripada 820 pelajar SMK Tanjung Lumpur dijejas gejala histeria. / NST

Kulit Buku Diperbuat Daripada Kulit Manusia

Kulit buku ini diperbuat daripada kulit manusia yang dilapah daripada seorang hamba abdi yang meninggal dunia semasa zaman Revolusi Perancis.Pemilik asalnya adalah seorang Bangsawan Perancis dan telah mendermakan buku ini kepada perpustakan di Kota Leeds,UK kerana TIDAK TAHAN menghadapi gangguan yang aneh setiap malam.Bangsawan Perancis itu kerap kali mendengar suara kesakitan meminta tolong dan pelbagai gangguan aneh yang menakutkan.
Tidak dapat dipastikan kenapa mereka menjadikan kulit manusia mati sebagai kulit buku.Adakah untuk mengekalkan buku tahan lama ?
Jika anda mendapat koleksi buku lama , sila periksa asal-usul buku terlebih dahulu.Mana tahu , buku tersebut mungkin juga mempunyai sejarah yang sama dengan artikel ini.

Asal Usul Api di Dunia

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.